Santai sepagi di Sungai Lembing..
Bersama Malaysian 4 Wheelers, Majalah Libur dan di samping krew-kew TV3, konvoi yang sebesar lebih kurang 40 buah pacuan 4 roda membawa kelab pekerja dari Menara Maybank boleh dirumuskan sebagai aktiviti yang sungguh meninggalkan kesan kepada setiap peserta.
Persinggahan di stesen minyak petronas Gombak sebelum memasuki Lebuhraya Karak disekitar jam 10 pagi, membuka mata pengguna jalaraya lain yang melintasi konvoi. Bagi tidak melupakan kewajipan kepada agama ketika dalam perjalanan, kumpulan pacuan 4 roda ini mematikan sebentar enjin kenderaan untuk menunaikan solat Jumaat di Maran. Terima kasih dan pujian kepada pengurus Maybank cawangan Maran atas penajaan makan tengahari di sebuah restoran di pekan tersebut.
Disekitar jam 4 petang, kesemua tayar kenderaan kembali bergolek menuju ke pendalaman Sungai Lembing. Golekan roda kenderaan-kenderaan ini sesekali terganggu tatkala ada di antara kenderaan mengalami kerosakan kecil akibat kepanasan enjin dan sebagainya. Pekan Sungai Lembing yang mana satu masa dahulu terkenal dengan lombong bijih timahnya, menerima deruman kenderaan ini pada agak lewat petang, namunpun begitu ini tidak bermakna konvoi telah terlewat dari jadual asalnya.
Setelah sedikit nafas dihirup, merandok beberapa batang sungai tetap diperlaku dengan berhati-hati walaupun ke empat-empat roda sudah di pacu bergolek ke "part-time". Sesekali rasa gentar dikalangan peserta, berkira-kira berapa jauh akan kumpulan konvoi ini perlu masuk ke belantara. Pada ketika hampir separuh perjalanan, kegelapan belantara sudah pekat sepenuhnya.
Limpahan cahaya dari lampu kendaraan sepanjang trek yang lecak dek hujan yang baru reda dilewat petang tersebut, sedikit membantu agar mata pilot dan jumper-jumper terbuka luas memerhati pada kiri dan kanan yang bercuram tah berapa tinggi. Pesanan-pesanan dari radio dua hala diantara pilot sentiasa memenuhi ruang masa sepanjang perjalanan. Melalui curaman yang agak tinggi bersebelahan dengan jambatan yang sudah runtuh sedikit mencemaskan. Dengan sedikit panduan dari kenderaan hadapan, roda di golekkan perlahan-lahan menuruni cerun di celah-celah rimbunan semak samun dan batuan di kiri kanan laluan.
Setiba di tapak perkhemahan disekitar jam 10 malam, peserta tidak berlengah lagi membina khemah dan menyediakan makan malam yang ringkas. Sambal ikan bilis kering bersama nasi putih sudah memadai untuk mengisi perut penulis. Ada diantara sempat membasahkan badan dan berendam di sungai dalam kegelapan pabila badan tidak lagi selesa untuk berbaring melelapkan mata.
Seawal subuh keesokan harinya jumper-jumper telah digerakkan untuk bersedia dengan aktiviti trekking ke air terjun. Setelah sarapan dijamah, kesemua jumper dikumpulkan untuk melakukan sedikit senaman mengendorkan sedikit urat and melonggarkan tulang temulang. Bermula dengan menyeberangi sebatang sungai yang sedalam hampir semeter pada sekitar 8.30 pagi, jumper tidak berlengah menyusur denai-denai untuk menuju kehulu.
Berada dikaki air terjun setelah penat memanjat batuan-batuan di sekitar 9 pagi. Permandangan yang sememangnya cantik yang mana satu keajaiban, pelangi yang terbentuk cukup sempurna dibawah percikan air yang halus jatuh dari ketinggian hampir 100 meter menerbitkan pelangi antara seawal terbit matahari sehingga jam 10 pagi sahaja. Dikaki air terjun ini, persekitaran sentiasa sejuk dan basah. Percikan air sedikit menjadi penghalang kepada jurufoto-jurufoto untuk merakam suana disini. Digalakan sebarang jenis elektronik juga tidak sesuai untuk dibawa naik kesini. Pada ketika matahari semakin meninggi pelangi pula semakin mengecilkan bulatannya.
Sebelah petang setelah kembali ke tapak perkhemahan, perserta di dedahkan sedikit dengan aktiviti 4 x 4. Sedikit taklimat tentang peralatan-peralatan offroad di perterangkan kepada peserta beserta sedikit demontrasi yang ditunjukkan oleh penganjur.
Di hari akhir sebelum pulang peserta juga didedahkan dengan perjalanan pulang dengan merandok Sungai Lembing melintasi perkampungan orang asli..